KUALA KANGSAR: Mahu nostalgia sentuhan karya pengarah prolifik Allahyarham Mamat Khalid terus "hidup" dan dirasai orang ramai, pemilik kedai makan Muhammad Asri Mohd Azraie mengabadikan nama Warung Pak Jabit di premis makanannya di Kampung Karai di sini.
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid iaitu 18 Puasa Di Kampung Pisang, Kampung Pisang Bersiri-Siri dan Hantu Kak Limah kini "kembali" meriah apabila Muhammad Asri, 23, mengambil keputusan membuka semula perniagaan yang pernah diusahakan bapanya sebelum ini, bermula Febuari tahun lepas.
"Kisahnya, kedai makan di atas tanah milik bapa ini pernah diusahakan keluarga sekitar 2004 hingga 2008, kemudian disewakan kepada orang lain, oleh sebab beberapa masalah ia pernah terbiar selama hampir 10 tahun sebelum ada pihak produksi filem mahu menyewanya untuk dijadikan lokasi penggambaran pada 2018 dan dinamakan 'Warung Pak Jabit' dalam filem itu," katanya ketika ditemui di warungnya baru-baru ini.
Muhammad Asri berkata keputusan mengekalkan nama Warung Pak Jabit itu diambil apabila ramai pengunjung dan peminat karya Allahyarham Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid masih mencari-cari warung yang sebelum ini tular melalui media sosial dan wujud dalam skrip filem sahaja.
Mengakui populariti filem-filem itu serta watak Pak Jabit banyak membantu menaikkan perniagaannya, Muhammad Asri berkata dia yang mengusahakan kedai makan itu bersama tiga lagi adiknya turut menjual menu seperti dalam filem termasuk mi kari kuah laksa.
Hidangan lain yang dijual katanya, ialah sate, cendol, laksa, mi sup, mi kari dan pelbagai lagi.
Bercerita lanjut, Muhammad Asri berkata pada mulanya kedai makan yang diwarisi daripada bapanya Mohd Azraie Zainuddin, 63, diusahakan semula untuk pelanggan yang terdiri daripada penduduk kampung, namun tidak menyangka, maklumat disampaikan daripada mulut ke mulut dan media sosial menyebabkan kedai makan itu menjadi tumpuan ramai.
Bagi memberi keselesaan kepada pelanggan yang bertambah, keluarganya turut menaik taraf premis itu termasuk menyediakan tandas serta menambah kerusi dan meja bagi menampung jumlah pelanggan yang ramai terutama pada hujung minggu.
"Selain orang Perak, kebanyakan pelanggan yang datang berasal dari luar negeri ini termasuk Selangor dan Johor yang mengetahui mengenai premis ini daripada media sosial yang dikongsi pelanggan di sini," katanya yang turut mempromosikan kedai itu menerusi aplikasi TikTok.
Beroperasi pada 4 petang hingga 12 tengah malam dari Sabtu hingga Khamis, Muhammad Asri berkata dia mahu menambah menu menarik dengan menyewakan tapak niaga kepada sesiapa yang berminat.
Peminat seni kartun dan animasi itu juga merancang membuka bazar Ramadan di hadapan premis itu menjelang bulan puasa nanti.
Sebelum ini, replika Warung Pak Jabit, lokasi yang turut popular dalam filem Zombi Kampung Pisang itu dibina di pekarangan Sarang Art Hub yang juga kafe milik Allahyarham Mamat di Tanjung Malim.
Inisiatif itu hasil kerjasama Persatuan Anak Seni Sarang, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Perak, kerajaan Perak dan Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM).
Watak Pak Jabit yang popular serta diingati penonton, dilakonkan oleh pelakon veteran Man Kadir Samsi yang meninggal dunia pada 2017 dan watak itu kemudian diambil alih pelakon dan pengarah Aziz M. Osman.
Selain Pak Jabit, watak-watak terkenal sebagai pelanggan di warung itu ialah Pak Din Pest Control lakonan Kazarudin Saisi, Cik Purnama (Dewa Sapri), Pak Karim (Mat London) dan Yassin (Ahmad Yassin).
Selain itu, program berkonsepkan masakan berjudul Warung Pak Jabit juga pernah muncul di rangkaian televisyen pada April 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024
Pengunjung Zaini Shamsuddin bersama keluarganya menikmati hidangan menu Mee Kari Kuah Laksa di Warung Pak Jabit di Kampung Karai di Kuala Kangsar. --fotoBERNAMA
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih